Usul Isyrin Hasan Al Banna
Usul Isyrin (Usul 20) yang ditulis oleh Ustadz Hasan Al Banna ini adalah dianggap di antara tulisannya yang penting, karena Usul Isyrin ini mengandungi beberapa perkara yang wajib dipercayai dan diketahui oleh tiap-tiap orang Muslim dan wajib diikuti dalam tindak-tanduknya; hubungannya dengan khaliqnya dan hubungannya sesama manusia. Jadi kita kumpulkan beberapa uraian ringkas oleh As-Syahid Hasan Al Banna yang dapat difahami seperti mana yang diterangkan oleh Al-Mursyid itu sendiri.
Dalam Usul Isyrin ini, ia menerangkan perkara-perkara yang tidak sepatutnya berlaku perselisihan pendapat (pertikaian), terutama dalam hal-hal yang berkenaan aqidah. Ia mesti difahami sebagaimana yang terdapat di dalam Al-Quran dan Sunnah An-Nabawiyah. Semoga dengan penerangan ini setiap orang Muslim yang mengikuti arahan ini akan memahami Islam sebagaimana ianya patut difahami tanpa menambah ataupun mengurangkan sedikit pun dari apa yang telah diturunkan oleh Allah dan disampaikan oleh RasulNya s.a.w.
Demikian juga dalam Usul Isyrin ini Hassan Al Banna, Al-Mursyid Rahimahullah, menerangkan bahawa di dalam Islam ini terdapat hal-hal yang dibenarkan berbeda pendapat di samping perkara-perkara yang tidak boleh berbeda pendapat tadi. Semoga dengan ini setiap orang Muslim itu mengetahui di mana tempat-tempat yang ia boleh berbeda dan tidak merasa ganjil bila berhadapan dengan perbedaan pendapat seperti itu.
Al-Mursyidul dalam penyusunan kitab-kitabnya adalah benar dan menepati sebagaimana yang telah diajarkan oleh Rasulullah s.a.w. Walaupun demikian kita mesti ingat bahawa tidak ada orang yang maksum melainkan Rasul-rasulnya (a.s.). Kita berpesan kepada ahli-ahli Ikhwan agar membaca dan mengulang-ulang buku ini sehingga ia bersebati dengan mereka. Kemudian apa-apa yang telah diketahui dan difahami daripada ajaran-ajaran Islam tersebut hendaklah diamalkan. Amalan itu pula hendaklah amalan yang membentuk jiwa dan membina peribadi dalam suasana Islam; karena beramal dalam pembentukan peribadi adalah cara yang dapat membentuk jiwa. Inilah jalan yang dilalui oleh para sahabat Rasulullah yang mulia di mana mereka beramal dengan apa yang diketahui. Semoga Allah swt. memberikan hidayahNya, meridhai dan memberikan pertolonganNya kepada semua ahli-ahli Ikhwanul Muslimin sehingga mereka teguh berkhidmat untuk agamaNya, dan semoga Allah mencucuri rahmatNya kepada Al-Mursyid Hasan Al Banna yang telah menyusun buku Usul Isyrin ini dengan petunjuk dan kebaikan dan cintakan pengorbanan dan jihad.
Download Usul Isyrin Hasan Al Banna
