Jalan Dakwah Ikhwanul Muslimin
Dakwah Ikhwanul Muslimin merupakan satu suara dakwah dari banyak dakwah dan seruan Rasulullah s.a.w. yang pertama, yang tersemat kukuh di hati mukminin dan berulang kali menjadi sebutan di lidah mereka. Mereka berusaha bersungguh-sungguh untuk menanam keimanan di hati umat Islam supaya mengamalkannya dalam setiap kegiatan hidup mereka, supaya hati-hati mereka berpadu di atasnya. Sekiranya mereka dapat berbuat demikian Allah akan menolong dan membantu mereka serta menunjukkan mereka jalan yang benar dan lurus. Marilah kita beriman dan beramal. Marilah kita berkasih sayang dan bersaudara.
Jalan dakwah tidak ditaburi dengan bunga-bunga, tetapi merupakan satu jalan yang susah dan panjang. Kerana sesungguhnya antara yang hak dengan batil ada pertentangan yang nyata. Ia memerlukan kesabaran dan ketekunan memikul bebanan yang berat. Ia memerlukan kemurahan hati, pemberian dan pengorbanan tanpa mengharapkan hasil yang segera tanpa putus asa danputus harapan. Yang diperlukan ialah usaha dan kerja yang berterusan dan hasilnya terserah kepada Allah di waktu yang dikehendakiNya.
Islam di Timur telah berjalan di atas dakwah Islam, telah membangun satu kebudayaan yang tiada tolok bandingnya, kemudian tidur nyenyak lalu kehilangan mutiara dakwah di dalam hidup manusia. Lantaran itu mereka kehilangan segala kekuasaan dan segala kehebatannya. Bumi mereka telah dijajah oleh bangsa-bangsa jahiliah. Kekayaan mereka telah dirampas dan dirompak. Jihad dan perundangan Islam telah disembunyikan. Lebih dari itu, akhlak Islam telah disorokkan. Hancur berderailah segala kemuliaan lalu diganti dengan ananiah (individualistik) dan kekacauan. Mudahlah kekufuran dan keingkaran mengambil jalannya tanpa rintangan dan halangan. Tetapi Allah Taala yang Maha Suci telah menyediakan sebab musabab untuk kebangkitan Islam di Timur itu dari lena, kebangkitan Islam yang baru di zaman baru ini.
Dalam kebangkitan arus Islam yang kuat ini maka lahirlah Jamaah Ikhwanul Muslimin dan beberapa jamaah Islam di seluruh dunia terutamanya di dunia Islam. Imam As-Syahid Hassan Al Banna dengan Ikhwanul Muslimin melalui jalan dakwah yang telah dilalui Rasulullah s.a.w.
Download Jalan Dakwah Ikhwanul Muslimin


